|
Solat Sebagai Asas Disiplin Hidup |
|
|
|
|
Written by Mohd Fadli Yusuf, Kuala Lumpur
|
|
Friday, 11 March 2011 07:24 |
|

Membanyakkan solat mudah, tapi menjiwai solat amat susah sekali. Bagaimana solat yang dijiwai mendisiplinkan kehidupan?
Di antara beberapa faktor penting yang menentukan kejayaan di dalam sesuatu usaha adalah sebagai berikut :
1. Ketepatan waktu
إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتۡ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ كِتَـٰبً۬ا مَّوۡقُوتً۬ا
Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (An-Nisaa' 4:103)Waktu atau masa adalah perkara yang sangat penting di dalam solat. Salah satu dari syarat sah solat ialah mengerjakannya di dalam waktunya. Orang yang mengerjakan solat di luar waktunya bererti tidak sah dan tidak ada nilai di sisi Allah SWT. Oleh kerana itu ketepatan waktu sangat penting. Selanjutnya Allah akan memberi bonus tambahan kepada mereka yang mengerjakannya di awal waktu sedangkan barang siapa yang melewatkannya dibenci oleh Allah. Disiplin ini secara otomatik akan mendorong manusia untuk berlumba-lumba menunaikan solat bukan hanya di dalam waktunya bahkan juga di awal waktu. Di samping itu juga orang yang datang lebih awal ke tempat solat akan mendapat keuntungan berada di saf depan. Allah memberikan ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang berada di saf yang lebih depan. Apabila seseorang itu berjaya menjaga disiplin dalam solat, maka apabila ia terjun ke dalam dunia kehidupan secara otomatik akan dapat mendisiplinkan diri. Di dalam perniagaan umpamanya, ketepatan masa sangat dititik beratkan. Setiap masa yang terbuang bererti semakin banyak kerugian yang terjadi. Setiap detik dibiarkan berlalu ertinya kerugian. Jika solat dapat mendorong manusia untuk berlumba-lumba berada di saf depan, maka jika dilaksanakan dalam kehidupan akan melahirkan manusia yang senantiasa berlumba untuk maju ke depan. Lumrahnya orang yang senantiasa datang lebih awal tentu akan merebut peluang apapun yang ditawarkan. Solat sepatutnya menjadi asas pengurusan masa umat Islam.
|
|
Last Updated on Friday, 11 March 2011 07:30 |
|
|
Written by Ustadz Abu Isma'il Muslim al-Atsari
|
|
Tuesday, 22 February 2011 15:41 |
|
Mengajak manusia menuju agama Allah merupakan salah satu ibadah yang agung, manfaatnya menyangkut orang lain. Bahkan dakwah menuju agama Allah merupakan perkataan yang paling baik. Allah Azza wa Jalla berfirman:
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَآ إِلَى اللهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ الْمُسْلِمِينَ
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru menuju Allah, mengerjakan amal yang shalih dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri". [Fushshilat:33].
Dakwah mengajak kepada agama Allah merupakan tugas para nabi, maka cukuplah sebagai kemuliaan bahwa para da’i mengemban tugas para nabi. Allah Azza wa Jalla memerintahkan RasulNya untuk mengatakan, dakwah merupakan jalan Beliau, dengan firmanNya:
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُوا إِلَى اللهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللهِ وَ مَآ أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
"Katakanlah: "Inilah jalanku (agamaku). Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata (ilmu dan keyakinan). Maha suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". [Yusuf:108].
Karena dakwah merupakan ibadah, maka harus dilakukan dengan keikhlasan dan mengikuti Sunnah Nabi. Sebagaimana telah maklum, dua perkara ini merupakan syarat diterimanya ibadah.
|
|
Last Updated on Tuesday, 22 February 2011 15:48 |
|
Patutkan Valentine disambut umat Islam? |
|
|
|
|
Written by Mohd Fadli Yusuf, Kuala Lumpur
|
|
Monday, 14 February 2011 04:16 |
|
HARI Kekasih atau "Valentine Day" kini semakin menular dan turut diraikan di kalangan masyarakat Islam terutama golongan muda di negara ini. Muda-mudi terutamanya akan membeli kad dan sejambak bunga untuk dihadiahkan kepada kekasih, konon sebagai tanda ingatan dan kasih sayang ketika sambutan Hari Kekasih. Tidak kurang juga ada yang sanggup menghabiskan wang semata-mata mahu mencari sesuatu yang lebih berharga kepada pasangan. Namun sedarkah kita, Hari Kekasih sebenarnya disambut sebagai memperingati bekas paderi besar Kristian iaitu St.Valentino. Valentine atau nama sebenarnya St.Valentino merupakan seorang paderi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope.
|
|
Last Updated on Monday, 14 February 2011 04:22 |
|
|
Sunnah Rasulullah: Antara Memimpin, Mendidik & Bersahabat |
|
|
|
|
Written by Mohd Fadli Yusuf, Kuala Lumpur
|
|
Wednesday, 02 February 2011 03:28 |
|
Setelah kita meninjau kehidupan Rasulullah SAW di sudut rumahtangga baginda dalam nota sebelum ini "Rumahtangga Rasulullah SAW: Sebagai Rasul, Suami dan Bapa", mari kita keluar melihat bagaimana kehidupan baginda bersama para sahabat. Rasulullah SAW mendidik dengan sikap dan akhlak. Setiap katanya dikota. Pada peribadinya terhimpun seluruh kandungan Al-Quran, lahir dan batin, hinggakan Ummul Mukminin Siti Aisyah r.ha mengatakan Rasulullah ialah Al-Quran bergerak.
|
|
Last Updated on Wednesday, 02 February 2011 03:32 |
|
Written by Nazri Abdullah
|
|
Friday, 21 January 2011 14:22 |
|

Guru-guru yang bakal dihantar ke kampung-kampung di pedalaman Sabah disarankan agar bukan sahaja menjadi penyampai ilmu dan kemahiran amali Fardhu Ain kepada golongan mualaf malah sebagai pembancibilangan para mualaf yang belum menerima bantuan daripada pihak zakat. Bagaimanapun, bancian tersebut hendaklah disahkan oleh Ketua Kumpulan Pelajar dan Ketua Kampung atau JKKK setempat bagi mengelakan penyelewengan.
|
|
Last Updated on Friday, 21 January 2011 15:08 |
|
|
|
|
«StartPrev1234567NextEnd»
|
|
Page 1 of 7 |