“Daripada Anas r.a. bahawasanya ia berjalan di kalangan beberapa orang kanak-kanak lalu ia memberi salam kepada mereka dan katanya Nabi s.a.w. berbuat demikian. - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
 
 
 
 
 
KOMUNITI UKHWAH DAN MOTIVASI REMAJA ISLAM RANAU
KOMUNITI UKHWAH DAN MOTIVASI REMAJA ISLAM RANAU
Group Information
Category:
Name:
KOMUNITI UKHWAH DAN MOTIVASI REMAJA ISLAM RANAU
Created:
Saturday, 04 December 2010
Creator:

Description

sebuah komuniti remaja yang mempunyai pelbagai latar belakang serta status namun duduk di bawah satu kelompok yang mempunyai kesedaran akan tanggungjawab pada agama,bangsa dan negara. menjadikan Allah dan Rasulullah sebagai kekuatan rohaniah dan tunjang utama kegiatan semasanya. aktif dalam menjalankan pelbagai aktiviti seperti ziarah dan dakwah,pertanian dan penternakan,pendidikan dan motivasi,seni persembahan islamik,penerbitan massa,serta kelompok yang menjadi tunjang belakang agama islam di daerah ranau,sabah.

Announcements

Sunday, 12 December 2010 by Nazri Abdullah

 

Al - haqq Qiem

Asalamualaiakum

Apa khabar agaknya kawan-kawan saya? Dah lama tak jumpa..bermesra seperti yang dulu-dulu. Akhirnya mungkin sdh sampai masanya kita semua ni berdiri di atas kaki sendiri..ya..akhirnya mcm ni juga.

Tiba-tiba terasa macam nak menulis sesuatu, itupun selepas mendengar lagu dusun dari album solo pertama nazrey johani (x-raihan).

Lagu ni menceritakan betapa rindunya dia untuk balik ke kampung untuk berkhidmat kepada kedua ibu bapa dan juga masyarakat ranau..lagu ni betul2 “menganggu” hati saya..seolah-olah hati ini yang berbicara dengan lagu tersebut..halus betul perasaan ni..terlalu dalam..didalam lubuk hati ini..hanya diri kita sendiri yang mampu untuk memahami perasaan halus ini…

Saya sebenarnya selalu berkongsi dengan beberapa kawan baik saya…samada orang kita ataupun bukan orang kita…orang selalu bertanya.. “man..pas habis belajar di semenanjung,ko mau buat apa?” banyak pertanyaan yang mcm ni..memang selalu menerjah masuk ke kotak pertanyaan otak ni..agak susah juga mau menjawab.. ya lah..dengan hanya berbekalkan diploma pendidikan awak kanak-kanak ni, memang sukar untuk menjawab secara tepat.kawan2 lain semua dah ambil ijazah..bahkan ada yang dah grade pun..saya ni baru terkotak-katik dengan diploma ni..ada kawan-lawan yang dah bekerjaya dah pun.. tapi..mana mungkin tapak kaki saya ni akan berhenti disini saja..sekurang-kurangnya saya kena cari kepuasan diri sendiri..mungkin langkah masih panjang lagi..sapa tau..kan?

Saya selalu berbisik dengan diri saya sendiri… “saya kena jadi SESEORANG” …seseorang yang ada “nilai” disisi masyarakat .jiwa saya memang kuat dengan niat ni. Juga saya teringin untuk mempunyai sekolah rendah swasta islam sendiri di ranau..mempunyai institut pendidikan sendiri yang mampu mengubah dunia ranau untuk menjadi dunia yang lebih bertenaga dan tidak lagi lesu selesu sungai liwagu..disini jugalah tempat proses eset-eset besar bagi daerah ranau kelak.anak-anak yang bakal lahir disini adalah anak-anak yang tahu nilai diri mereka disisi masyarakat..tahu tanggungjawab kepada agama,bangsa dan tanah kelahiran ini..

Adakah salah kalau saya bercita-cita macam ni? Saya rasa tidak..bahkan wajib bagi saya untuk membawa sesuatu udara segar yang baru di ranau..insyaallah…akan ku kerahkan kudrat dan segala kemampuanku untuk melakukannya. Bagi saya,ini adalah satu ibadah dan kewajipan yang saya letakan sendiri di bahu saya.

Saya sebenarnya rindukan pemuda- pemudi ranau yang bertenaga dan bergerak cemerlang atas kemahuan dan kehendak sendiri. Berdiri di kaki sendiri dan sedar akan perlunya mereka untuk terus melangkah maju ke hadapan..tidak kira dalam apa bidang sekalipun. Saya rindu untuk campur tangan dalam proses tersebut. Saya ingin cuba merasai perasan sebagai seorang “orang tua” yang menggosok belakang anak2nya dan berkata.. “ pergi lah..melangkah dengan lebih jauh,jangan pulang selagi belum menjadi “orang” atau “seseorang yang hebat”.. saya rindukan linangan air mata beserta doa dari hati seorang ibu yang menpgharapkan anaknya pandai membawa diri sehinggakan mampu mencipta sesuatu dari peluh tangan mereka sendiri..

Anak-anak ranau..anda tidak perlu takut untuk melangkah ke hadapan..kerana di belakangmu..sarat dengan orang yang akan menolak mu ke depan. Jangan pula malu untuk menggalas bebanan anak kampung..kerana disisimu…masih ramai yang akan menyusul jejakmu..jangan segan untuk mengaku kau anak sawah padi,kebun dan ladang,sungai dan kuala..jangan rasa penat melihat bukit-bukit di depan mu..jangan rasa hina dengan debu-debu tapak kaki selipar jipunmu..kerana kelak…itu lah yang akan kau ceritakan dan bangga-banggakan semasa ditanganmu kelak ada “sesuatu” hadiah buat lembah ini.

Aduh..betapalah saya tidak tertahan hati untuk melihat ini semua lahir nanti..betapalah indahnya suasana itu kelak..tidak salah bermimpi ..apatah lagi bercita-cita…jangan segan bercerita..sekurang-kurangnya mereka tahu engkau bercita-cita. Sedikit-sebanyak..mereka akan mula berfikir untuk bercita-cita sepertimu…Cuma beza antara kita..pada siapa yang bergerak dan melangkah terlebih dahulu. Marilah kita merancang bersama-sama,tidak ada ruginya kita berkongsi niat dan cita-cita..kerana itu semua harapan..moga-moga kita diberikan kekuatan untuk terus melangkah bersama-sama.jangan takut ia akan terbantut,kerana dibelakang kita..masih akan ada yang akan meneruskan perjalanan yang kita rintis ini..yakinlah..kerana harapan ini milik bersama..harta bersama..dan warisan bersama kelak..insyaallah.

 

Monday, 06 December 2010 by al haqiem
Monday, 06 December 2010 by al haqiem
Saturday, 04 December 2010 by al haqiem

Photo Albums

http://cahayafm.net/images/groupphotos/14/29/thumb_f5b38518f3a079f310aeb121.jpg

Videos

Atas Nama Cinta 03:57
129 views
Last updated: 2010-12-03 21:08:25
adakah kau lupa 04:29
133 views
Last updated: 2010-12-03 21:07:13
SERUAN MULIA-Soutul Khilafah 06:05
179 views
Last updated: 2010-12-03 21:06:14
merah saga 03:39
129 views
Last updated: 2010-12-03 21:04:58
Ar Ruhul Jadid 05:00
134 views
Last updated: 2010-12-03 21:03:38
al haqiem
hijrah ini..mengajar aku erti rindu ..membawa kau kasih..dan menginsafkan aku...masih banyak lagi rupanya yang belum ku lakukan..dan ku sejujurnya mencuba..menyelusuri denai kisah perjuangan seorang manusia hebat..yang dicintai oleh tuhannya..engkaulah..muhammad ku...
Monday, 06 December 2010 01:33
 
 

Pendapat Anda?

Perlukah Cahaya.FM mempunyai penyampai dari setiap negeri di Malaysia?
 
Jika Cahaya.FM sanggup memperjuangkan Islam, sanggupkah anda membantu Cahaya.FM demi Islam?
 
Apa yang paling anda suka tentang Cahaya.FM?