Muzik Global
Muzik Global
Group Information
Category:
Name:
Muzik Global
Created:
Saturday, 02 October 2010
Creator:

Description

Tanpa masa dan waktu bersiaran, ia tampil mengisi ruang waktu menanti penyampai2 berjadual dan mengisi masa2 tertentu. Segmen ini bakal menampilkan pelbagai genre lagu pilihan pendengar dan penyampai namun tidak bertentang dengan aqidah Islam. Tujuannya, memberi ruang kepada para pendengar yang bukan beragama Islam berkongsi wadah untuk merapatkan hubungan persahabatan di samping memberi ruang kepada mereka mendapatkan info2 sebenar berkaitan Islam selain info2 global terkini . Semoga nanti mereka mendapat gambaran yang betul mengenai Islam. Penyampai segmen: Nazri Abdullah. Para pendengar boleh mengambil bahagian dalam segmen ini dengan cara menghantar info2 semasa secara langsung kepada penyampai ketika beliau ke udara. Info2 cadangan yang boleh dikongsi meliputi semua aspek semasa.

Announcements

Saturday, 02 October 2010 by Nazri Abdullah

Muzik Global yang dikeudarakan di Cahayafm adalah kesinambungan daripada beberapa pandangan ilmuan Islam di negara kita Malaysia berkaitan muzik dan lagu yang merujuk hukum-hakam Islam di samping mengambilkira pelbagai alasan dan sandaran. Dalam perkara ini, Cahayafm telah mengambil pendekatan yang telah dikupas oleh seorang tokoh agama Malaysia iaitu Dr. Asri. Tujuan Cahayafm semata-mata mendekati mereka yang kurang gemar mendengar lagu2 berentak irama nasyid, dengan harapan agar mereka terus mengikuti info2 semasa yang kita perdengarkan di siaran online Cahayafm ini.

Lebih dari itu, kita mengharapkan agar suatu masa akan terdetik atau tergetar perasaan, jiwa dan hati mereka untuk menerima hidayah.Sejarah silam membuktikan para ahli sufi seperti Wali Songo juga menyampaikan dakwah melalui lagu. Kerana fakta ini, Cahayafm yakin bahawa muzik juga mampu merobah pemikiran manusia. Wali Songo atau lebih dikenali sebagai Wali Sembilan telah tampil di tengah2 masyarakat bukan Islam bersama irama2 sufi serta lagu2 yang tersusun indah melodinya. Akhirnya ia telah mencetuskan satu fenomena dalam masyarakat Indonesia menyebabkan dakwah mereka diterimapakai oleh masyarakat bukan Islam. Kejayaan mereka terbukti kerana telah memperkenalkan Islam dengan menampilkan muzik2 kesufian mereka. Oleh itu, adalah menjadi harapan Cahayafm agar para penggiat seni muzik dan pencipta-pencipta lirik mengambil peluang ini agar kita sama2 dapat bergandingan mengembalikan zaman kegemilingan dakwah melalui muzik.

Kepada pihak2 bloggers, pemegang2 akaun facebook dan sebagainya, mari kita bersama-sama menyebarkan kewujudan Cahayafm ini agar mereka2 di luar sana sama2 mendapat manfaat darinya.

 

Discussions

No discussion added yet.

Photo Albums

No album created yet.

Videos

Ustaz Mohd Kazim Elias- Hukum Menyanyi. 11:24
589 views
Last updated: 2010-12-03 20:41:08
AIM S10 : Agama itu Mudah (Bhg 2) 05:51
140 views
Last updated: 2010-10-04 01:46:35
Administrator
Muzik global yang berunsur ke arah kebaikan sepatutnya diketengahkan dan tahniah kepada DJ Nazri yang memperjuangkannya.
Monday, 04 October 2010 03:11
 
 

Pendapat Anda?

Perlukah Cahaya.FM mempunyai penyampai dari setiap negeri di Malaysia?
 
Jika Cahaya.FM sanggup memperjuangkan Islam, sanggupkah anda membantu Cahaya.FM demi Islam?
 
Apa yang paling anda suka tentang Cahaya.FM?