| Bersama Tun Sakaran |
|
|
|
| Written by Nazri Abdullah |
| Saturday, 14 January 2012 05:04 |
|
Dalam era tiada sempadan kini, arus dakwah seharusnya tidak hanya menyasarkan masjid atau surau sebagai tumpuan dan pentas dakwah. Dalam pertemuan lebih kurang sejam bersama Dr. Tun Sakaran Dandai di pejabat USIA Kota Kinabalu semalam, penerbit Cahayafm Nazri Abdullah menyatakan hal ini dalam taklimat ringkasnya berhubung dakwah maya, yang kini sedang dipraktikkan di Sabah. Menurut beliau, Cahayafm bukan saja medium hiburan semata-mata tapi ia juga menjadi saluran informasi maya berkaitan Islam. Berita dan info-info semasa Islam seperti berita dari masjid, surau dan sebagainya dapat disatukan dan dikumpul di medan ini agar memudahkan para pelayar mendapatkan info semasa berkaitan kegiatan Islam. Namun, perkara ini tidak akan berhasil jika pihak masjid dan surau juga badan-badan NGO tidak turut serta berganding bahu, katanya. . Tambah beliau lagi, siaran Bacaan Quraan 24jam beserta tafsir Bahasa Melayu antara yang digemari para pelayar. Dalam pertemuan tersebut, Setiausaha Agung USIA, Datuk Abdul Latif Kandok menyatakan rasa syukur atas usaha yang dilakukan Cahayafm dalam mengimarahkan dakwah maya. Sebagai menyahut kewujudan siaran Bacaan Quran Cahayafm 24jam, pihak USIA akan menyediakan beberapa corong pembesar suara di bangunan baru USIA yang terletak di 1Borneo untuk mendengar siaran ini, katanya. Sejajar dengan fungsi dan peranan USIA sebagai NGO Islam, sudah pasti dengan mendengar bacaan Quraan berserta tafsir Melayu, ia akan lebih mudah difahami dan dihayati. |




Google
Facebook
Twitter
del.icio.us
Blogger
Rain Concert