Datuk Masidi Manjun,
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah
Melancarkan Cahaya.FM sebagai Radio Online Islam Pertama di Sabah pada 25 September 2010.

Tuan Hj. Saprin Karim,
Penaja Pelancaran Cahaya.FM

3 days ago
luo joined the group Wanita Purdah
10:48 AM
luo joined the group CATATAN DARI BUKU 'AHA'
10:48 AM
10:47 AM
luo joined the group Hamba Sejat
10:47 AM
  • Mesej Quraan "فَلَا تُعْجِبْكَ أَمْوَلُهُمْ وَلَآ أَوْلَدُهُمْ ۚ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُعَذِّبَهُم بِهَا فِ...
  • Buat Bernama Wanita "وَلَا تَتَمَنَّوْا۟ مَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بِهِۦ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍۢ ۚ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌۭ مِّ...
  • Mesej Quraan "وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ طَرَفَىِ ٱلنَّهَارِ وَزُلَفًۭا مِّنَ ٱلَّيْلِ ۚ إِنَّ ٱلْحَسَنَتِ يُذْهِبْنَ ٱ...
  • JIHAD "وَمَن جَهَدَ فَإِنَّمَا يُجَهِدُ لِنَفْسِهِۦٓ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَنِىٌّ عَنِ ٱلْعَلَمِينَ Dan bara...
  • Mesej Quraan "وَٱلْأَرْضَ مَدَدْنَهَا وَأَلْقَيْنَا فِيهَا رَوَسِىَ وَأَنۢبَتْنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوْجٍۭ بَهِيج...

PORTAL ISLAM

KKFM KROS

 
 
Perubahan PDF Print E-mail
Tentang Cahaya.FM - Pentadbiran
Written by Nazri Abdullah   
Saturday, 18 June 2011 06:58

Sistem siaran Cahayafm sekali lagi berubah sebagaimana yang telah kami maklumkan sebelum ini. Perubahan kali ini adalah untuk mengatasi beberapa perkara yang membabitkan masalah teknikal dan talian para deejay sekali gus menghalang kelancaran jadual segmen sedia ada. Justeru, pihak pengurusan menukar server baru bagi menambahbaik kelicinan siaran Cahayafm.

Ceramah Agama, Bacaan Quraan, Zon Bebas Fikir dan beberapa segmen lagi bakal menyusul dalam sistem auto berjadual namun masih lagi dalam proses mengaktifkannya dalam sistem auto. Perkara ini memakan masa beberapa hari, dan InsyaAllah, pihak kami akan maklumkan maklumat berkaitan penjadualan ini kepada semua pendengar dari masa ke masa.

Kepada pemilik blog dan web, sukacita dimaklumkan bahawa selepas ini sistem lama yang diguna akan diganti kepada sistem baru seperti yang sedang ke udara ketika ini. Sila dapatkan KOD HTML di blog-blog yang telah kami war-warkan agar siaran radio anda aktif semula. Meskipun demikian, kami masih mengaktifkan siaran bacaan 24jam Quraan di satu blog yang akan kami maklumkan nanti.

 
Tv Cahayafm PDF Print E-mail
Tentang Cahaya.FM - Pentadbiran
Written by Nazri Abdullah   
Monday, 13 June 2011 20:29

Cahayafm sekali lagi mengorak langkah apabila sistem TV Cahayafm mula dibangunkan hari ini 13 Jun 2011. Ia bakal berfungsi sebagai media bergambar yang dapat ditonton ketika liputan seperti Khutbah Jumaat, ceramah agama dan acara-acara berkaitan diadakan secara langsung dari tempat-tempat yang mempunyai talian internet. Siaran tertunda untuk kawasan yang tiada talian juga akan disiarkan.

TV cahayafm akan bermula selewat-lewatnya 25 September 2011 sempena ulang tahun kemunculan Cahayafm di alam maya. TV Cahayafm bersedia menyiarkan rakaman-rakaman kembara dakwah, program-program keagamaan serta program-program berbentuk pelancongan yang telah dirakam oleh pihak-pihak berkaitan termasuk individu atau orang-perseorangan. Perkembangan semasa TV Cahayafm akan dihebah dari masa ke masa untuk makluman umum. 

Semoga usaha ini dapat dimanfaatkan semua pihak termasuk masjid-masjid, surau-surau, pertubuhan-pertubuhan, badan-badan NGO dan seumpamanya yang wujud di Sabah.

 
CAHAYAFM CIPTA SEJARAH RADIO ONLINE BERTAPAK DI JERMAN ( Akhbar New Sabah Times 26 April 2011 ) PDF Print E-mail
Berita - Terbaru
Written by Nazri Abdullah   
Tuesday, 26 April 2011 11:30


Tahun 2011 bukan hanya bakal menyaksikan ulang tahun pertama kelahiran Cahayafm berada di atas talian pendengar seluruh dunia bahkan, tahun ini juga menjadikan detik sejarahnya disifatkan sebagai kejayaan besar dunia maya Islam negeri Sabah apabila muncul deejay2 bertenaga dari serata Sabah dan luar negara berganding bahu mengaktifkan siaran Cahayafm. Terkini, Deejay Najeebah dari Berlin, German menyertai Cahayafm.

Menurut penerbitnya Nazri Abdullah atau lebih dikenali Aldusuni, kekangan yang dihadapi dalam mengemudi Cahayafm, siaran berunsur dakwah maya menerusi talian ini bukanlah pematah semangat juang. Beliau yang ditemui baru-baru ini dalam program rakaman bersama KKFM di 91.1khz, Bukan Sekadar Muzikjuga merupakan Timbalan Pengerusi Konsortium Radio Online Sabah ( KROS ) dan Penulis Blog Suara Mualaf Sabah. Dalam kenyataannya, beliau mencadangkan kepada pihak kerajaan agar memberi peluang kepada radio-radio online di Malaysia khususnya Sabah untuk membuat liputan program-program anjuran kerajaan, swasta dan badan2 NGO sesuai dengan konsep radio online masing-masing. Kata beliau lagi, walaupun hanya berbekalkan laptop, talian dan mic ketika bersiaran, peranannya tidak harus dilihat kecil . Malah, kelebihan radio online terserlah kerana siarannya merentasi sempadan dunia dan jika diberi tempat serta sokongan sewajarnya, sudah pasti segala informasi dalam dan luar negara dapat didengar oleh sesiapa sahaja yang melayari internet sekali gus bakal memberi keuntungan kepada negara.

Tambah beliau, Cahayafm yang turut dikenali sebagai radio online islamik pertama di Sabah, baru-baru ini telah mengambil langkah derastik dalam siarannya dengan menyahaktifkan lagu-lagu dan iklan-iklan dalam sistem auto serta digantikan dengan bacaan al-Quraan. Pendengar kini boleh mengikuti bacaan Quraan dengan tafsir Bahasa Melayu sepanjang ketiadaan deejay. Perubahan dalam siaran auto ini dibuat selepas mengambil kira keperluan umat Islam terhadap tafsir Quraan yang masih ramai kurang memahami bacaan Quran dalam Bahasa Arab itu sendiri. Diharapkan dengan adanya siaran ini, bacaan Quraan sedikit sebanyak mampu difahami dan dihayati oleh para pendengar. Bagaimanapun, segmen hiburan mendidik jiwa masih terus kekal bersama deejay2 setiap kali mereka ke udara. Begitu juga segmen permintaan lagu pilihan pendengar. Justeru mengambil kira kepelbagaian latar pendengar, Cahayafm turut mengadakan satu segmen iaitu Zon Bebas Fikir yang dikendalikan sendiri penerbitnya , Nazri. Segmen ini memutarkan pelbagai genre lagu berunsur ketuhanan, nasihat, lagu-lagu rakyat malah lagu-lagu pop yang sesuai serta tidak keterlaluan untuk pendengar yang inginkan genre muzik seperti itu. Segmen ini disisipi info-info berita semasa bersumberkan petikan akhbar beserta ulasan.

Antara deejay-deejay Cahayafm terkini; Nurhayati Musa, Jalifah Azlizah Azlan, Pilie PSG, Mohd Khamis, Fredolley Azizi Lining, Mohd Izhar Saibin, Wufey PSG, Pak Ngah Junoh, Alhaqiem, Norlela Abdul, Din, Miftah, Farah, Ibadur Rahman dan Najeebah. Masing-masing mereka berada di Keningau, Ranau, Kota Kinabalu, Pahang, Rawang, Kuala Lumpur, Singapura dan Berlin German.

Jika anda berminat dengan artikel ini dan ingin membantu kami, sila klik sini

Last Updated on Tuesday, 26 April 2011 11:35
 
«StartPrev12345678910NextEnd»

Page 10 of 35
 

Kumpulan Paling Aktif

Pendapat Anda?

Perlukah Cahaya.FM mempunyai penyampai dari setiap negeri di Malaysia?
 
Jika Cahaya.FM sanggup memperjuangkan Islam, sanggupkah anda membantu Cahaya.FM demi Islam?
 
Apa yang paling anda suka tentang Cahaya.FM?
 
 
 

Siapa online?

We have 76 guests online
 

Komen Gambar

  • Laila insya'allah akhi.. =)
  • GH :)
  • Laila semoga kita istiqamah dalam beribadah..:)
  • IMG_5600 wahhh mcm ada ceramah ooo
  • IMG_5600 Di mana ni tn

Log Masuk/Daftar

Sign in with Facebook

Cari Rakan Anda

I am looking for
Age between
to
Location :
City
State
Country

Rakan Artis


Statistik Keseluruhan

Statistics
Total Members : 620
Total Groups : 17
Total Discussion : 35
Total Albums : 53
Total Photos : 272
Total Videos : 82
Total Bulletins : 59
Total Activities : 2389
Total Wall Posts : 147
Total Males : 224
Total Females : 158
Total Unspecified : 238