|
Tentang Cahaya.FM -
Pentadbiran
|
|
Written by Nazri Abdullah
|
|
Monday, 01 August 2011 13:05 |
|


Sempena Ramadhan 2011, siaran Cahayafm akan disambung ke Utarafm atas permintaan Penerbit Utarafm Deejay Rumputt. Siaran bermula 1 Ramadhan sehingga hujung Ramadhan, bermula 4.00 petang sehingga 6.00 petang dengan segmen khas DUNIA NASYID ANDA. Untuk makluman, segmen ini merupakan segmen Deejay aldusuni ketika mula melibatkan diri dalam dunia penyiaran di Utarafm suatu ketika dulu.
Bagi melicinkan segmen ini, Deejay al Haqem dan Deejay Nurhayati akan menggantikan tempat Deejay aldusuni ketika ketiadaan beliau. Semoga kemunculan mereka dapat mengisi ruang waktu kaum muslimin dan muslimat sementara menanti waktu berbuka puasa. Ucapan Ramadhan dan permintaan lagu boleh dibuat pendengar di www.cahayafm.net ketika segmen berlangsung. Semoga kerjasama ini dapat dimanfaatkan oleh para pendengar di kedua-dua saluran. Ucapan berbanyak terima kasih kepada Utarafm kerana sudi melangsungkan usahasama ini.
|
|
|
Tentang Cahaya.FM -
Pentadbiran
|
|
Written by Nazri Abdullah
|
|
Sunday, 24 July 2011 11:32 |
|
Antara yang terlibat.

Rosnani Untol

Latif Kandok
Program mengimarahkan Ramadhan bersama Cahayafm dengan kerjasama surau-surau terpilih bersama pendakwah bebas Ustaz Abdul Halim Abas dari Kedah akan bermula awal Ogos depan. Antara pengisian program ; Pengagihan Bubur Lambuk, berbuka puasa bersama penduduk setempat, solat Maghrib dan solat Tarawih berjemaah. Kepada kaum muslimin dan muslimat yang mahu menyumbang ke program ini bolehlah menghubungi Cahayafm di talian 019-8827449 atau melalui email;
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Antara kampung2 di pedalaman sabah yang terlibat dengan program ini; 1. Kampung Longob 2. Kampung Talantang 1 3. Kampung Damai 4. Kampung Masolog 5. Kampung Tingkalanon 6. Kampung Garuda 7. Kampung Salimandut 8. Kampung Morian 9. Kampung Rakit 10. Kampung Gana 11. Kampung Timbang Batu 12. Kampung Mangkalawa 13. Kampung Parong 14. Kampung Sinanggip 15. Kampung Rukom 16. Kampung Saab 17. Kampung Datong 18. Kampung Kiulu 19. Kampung Lebak 20. Kampung Bundungan 21. Kampung Sinanggip
Perjalanan dan aktiviti program di kesemua tempat akan dilaksanakan mengikut tentatif sedia ada di samping diambil rakamannya dan diuploadkan ke youtube. Walau bagaimanapun, ia bergantung keadaan semasa seperti cuaca, bekalan elektrik dan seumpamanya.
|
|
Last Updated on Sunday, 24 July 2011 15:12 |
|
Tentang Cahaya.FM -
Pentadbiran
|
|
Written by Nazri Abdullah
|
|
Tuesday, 19 July 2011 17:00 |
|

Cahayafm mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pegawai Tadbir JHEAINS Ranau; Hj. Rauf bin Abas dan AJK masjid-masjid berkaitan kerana memberi laluan dan kerjasama menjayakan program ini. Kepada jamaah masjid Kundasang yang sudi menyumbang suara untuk iklan Ramadhan juga diucapkan terima kasih. Alhamdulillah, program dakwah di dua buah buah masjid masing-masing bertempat di Ranau dan Kundasang bersama Ustaz Fadli Yusuf dari Kuala Lumpur, pendakwah yang bergiat aktif sejak tahun 1981 dapat disempurnakan. InsyaAllah, rakaman seperti ini akan diteruskan dari destinasi ke destinasi agar suasana Ramadhan terisi dengan pesanan-pesanan para pendengar dari merata tempat.

|
|
Last Updated on Tuesday, 19 July 2011 17:14 |
|
|
|
|
«StartPrev12345678910NextEnd»
|
|
Page 9 of 35 |