Program Korban PDF Print E-mail
Written by Nazri Abdullah   
Sunday, 09 October 2011 22:44

InsyaAllah, Cahayafm pada tahun ini sekali lagi berhasrat mengadakan program korban yang memfokuskan beberapa kampung mualaf di sebelah Utara Sabah. Kepada individu-individu atau pihak-pihak yang ingin melakukan korban tahun ini, kami berbesar hati kiranya tuan-tuan dapat bersama-sama menjayakan pakej yang kami kendalikan ini;

Seekor lembu atau kerbau berumur 1 tahun ke atas serta cukup syarat-syarat korban pembeliannya dikongsi 7 orang dengan kadar RM 380.00 seorang. Kadar harga termasuk kos pengangkutan.

1 ekor lembu atau kerbau untuk keluarga mualaf di 3 atau 4 buah kampung.

Penyembelihan berpusat di Kg. Salimandut, Tandek

Cadangan; mendapatkan 3 ekor lembu atau kerbau

Untuk maklumat lanjut berkaitan program ini, bolehlah berhubung dengan deejay-deejay Cahayafm atau terus berhubung dengan Mohd Nazri Abdullah di talian 019 -8827449

Pihak Cahayafm mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda Tenom Sdr. Jamawi Jaafar yang telah bermurah hati menyumbang seekor lembu dalam program ini.

 
 

Pendapat Anda?

Perlukah Cahaya.FM mempunyai penyampai dari setiap negeri di Malaysia?
 
Jika Cahaya.FM sanggup memperjuangkan Islam, sanggupkah anda membantu Cahaya.FM demi Islam?
 
Apa yang paling anda suka tentang Cahaya.FM?