“Daripada Anas r.a. bahawasanya ia berjalan di kalangan beberapa orang kanak-kanak lalu ia memberi salam kepada mereka dan katanya Nabi s.a.w. berbuat demikian. - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
 
 
 
 
 
Terima Kasih PDF Print E-mail
Written by Nazri Abdullah   
Tuesday, 27 September 2011 00:53

 

Alhamdulillah. Program Karnival Aidilfitri anjuran Badan Dakwah Daerah Ranau 2011 , akhirnya terlaksana. Sesungguhnya, kejayaan pelaksanaan ini adalah hasil kerjasama semua pihak terlibat bermula peneraju utama hinggalah tenaga kerja di balik tabir. Cahayafm yang terlibat sejak awal merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Hj. Saprin Karim, DO Daerah Ranau, Pengarah JHEAINS Sabah, Keluarga Mesra Ranau, AJK2 Pelaksana Program serta individu-individu yang terlibat kerana memberi kepercayaan kepada Cahayafm menyumbang tenaga khususnya dalam beberapa perkara yang dipertanggungjawabkan. Alhamdulillah, telah saya usahakan semampu saya. Pun, saya mohon kemaafan jika pelaksanaan di pihak saya tidak sempurna justeru tidak mencapai sebagaimana yang kalian harapkan. Saya akui segala kekurangan datangnya dari sifat lemah saya sebagai manusia biasa.

Kesemua acara tidak dapat dipancar secara langsung kerana kekangan talian. Walau bagaimanapun, insya Allah, acara-acara program itu sedang dimuatnaik melalui youtube dan insya Allah akan ditayangkan di Tvi Cahayafm setelah selesai proses edit. Secara peribadi, saya melihat program ini berjaya dan wajar dicontohi ahli-ahli koperat muslim yang lain.

 
 

Pendapat Anda?

Perlukah Cahaya.FM mempunyai penyampai dari setiap negeri di Malaysia?
 
Jika Cahaya.FM sanggup memperjuangkan Islam, sanggupkah anda membantu Cahaya.FM demi Islam?
 
Apa yang paling anda suka tentang Cahaya.FM?