Dari Ibnu Abbas r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda:”Jika diberikan kepada manusia apa sahaja yang didakwa oleh mereka tentunya akan mendakwa beberapa orang lelaki akan harta suatu kaum dan darah mereka tetapi (dalam hal ini diperlukan) saksi atas orang yang mendakwa dan sumpah atas (orang) yang engkar (yang terdakwa).” -  HR al-Baihaqi

 
 
 
 
 
Bagaimana mewujudkan perpaduan? PDF Print E-mail
Written by Mohd Fadli Yusuf, Kuala Lumpur   
Tuesday, 25 January 2011 07:28

 

Allah telah sediakan satu kaedah yang khusus untuk bersatu padu melalui firman-Nya.

وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ “Berpeganglah kamu dengan tali-tali Allah dan jangan kamu berpecah belah.” (Ali Imran: 103) Dapat difahami dari ayat ini, kalau umat Islam mahu bersatu, mereka perlu berpegang pada tali Allah. Kita perlu diikat kepada Allah yang Esa. Apakah tali Allah itu? Ada ulama yang mentafsirkan tali-tali Allah itu sebagai syariat Allah. Maknanya kita umat Islam perlu sama-sama menerima dan mengamalkan segala hukum hakam Allah sama ada yang wajib, yang sunat, yang haram, yang makruh dan yang harus (mubah). Dengan itu hati-hati kita akan terikat di antara satu sama lain.Ada juga ulama yang mentafsirkan tali-tali Allah itu sebagai rasa cinta dan rasa takut kepada Allah. Kalau semua umat Islam sama-sama dapat rasa cinta dan rasa takut kepada Allah, nescaya hati-hati mereka akan sama-sama terikat kepada Allah yang Esa dan mereka akan berkasih sayang dan bersatu padu di antara satu sama lain.

Last Updated on Tuesday, 25 January 2011 07:43
 
Nilai Sahabat PDF Print E-mail
Written by Mohd Fadli Yusuf, Kuala Lumpur   
Tuesday, 04 January 2011 14:11

 

 

Sahabat adalah orang yang paling akrab, rapat, dan memahami sahabatnya yang lain. Ikatan ini membantu manusia mencapai cita-citanya. Tidak ada satu cita-citapun yang boleh dicapai bersendirian. Hidup kita saling bergantung antara satu sama lain. Oleh itu Islam mengatur fitrah semulajadi manusia yang inginkan sahabat dengan satu adab yang tepat dan indah. Kemenangan dan kegemilangan Islam di zaman Rasulullah SAW dicapai dengan adanya ikatan persahabatan yang erat antara Nabi Muhammad dan pengikut baginda.

Last Updated on Tuesday, 04 January 2011 14:17
 
TERSALAH MEMBUNUH, RELA DIHUKUM, SUDI MEMAAFKAN PDF Print E-mail
Written by Mohd Fadli Yusuf, Kuala Lumpur   
Saturday, 01 January 2011 12:47

Saya petik suatu kisah yang berlaku di zaman Sahabat semasa pemerintahan Sayidina Umar Ibnu Khattab; buat menunjukkan suasana hati manusia-manusia waktu itu dan bentuk kehidupan yang telah mereka lalui. Seorang pemuda bernama Hassan keluar dari kampung nya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur. Setelah sedar dari tidurnya didapati untanya tidak ada. Hassan lalu terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya, tetapi telah mati. Alangkah hairan dan marahnya Hassan.


Last Updated on Saturday, 01 January 2011 12:55
 
Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada tarikh tersebut: PDF Print E-mail
Written by Nazri Abdullah   
Thursday, 16 December 2010 13:00

 

 

 

1. Nabi Adam a.s. bertaubat kepada Allah;

2. Nabi Idris a.s. diangkat oleh Allah ke langit;

3. Nabi Nuh a.s. diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelami air bah selama 6 bulan;

Last Updated on Thursday, 16 December 2010 13:10
 
Kata-kata Dari Hasan Al Banna PDF Print E-mail
Written by Nazri Abdullah   
Friday, 10 December 2010 06:59

Hasan Al Banna, seorang figur pendiri gerakan Ikhwanul Muslimin, yang telah menelurkan beberapa karya fenomenal, yang tertulis di bawah ini merupakan beberapa kata-kata yang terlontar dari beliau semoga apa yang saya tuliskan berikut ini dapat menjadi inspirasi bagi kita semua. Berikut ini adalah kata-kata beliau :

Last Updated on Friday, 10 December 2010 19:01
 
«StartPrev12NextEnd»

Page 1 of 2
 

Pendapat Anda?

Perlukah Cahaya.FM mempunyai penyampai dari setiap negeri di Malaysia?
 
Jika Cahaya.FM sanggup memperjuangkan Islam, sanggupkah anda membantu Cahaya.FM demi Islam?
 
Apa yang paling anda suka tentang Cahaya.FM?