Terbaru
Peluang Perniagaan PDF Print E-mail
Written by Nazri Abdullah   
Thursday, 10 November 2011 12:43

Dalam kepesatan teknologi yang kian menjadi tumpuan umum kerana kesannya melibatkan pelbagai urusan peringkat kerajaan, swasta, NGO serta segenap lapisan masyarakat, D’ Million Worldwide Sdn. Bhd turut tidak ketinggalan mengorak langkah ke arah ini dengan menyediakan beberapa sistem atas talian sekali gus memudahkan para pelanggannya berurusan. Perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh CEO D’ Million; sdr. Azman bin Badit baru-baru ini.

Sebagai langkah merealisasikan perkara ini, Cahayafm telah dilantik sebagai radio rasmi D’Million . Selain itu, beberapa radio online lain di Sabah juga di Semenanjung telah dikenalpasti akan turut bersama di bawah satu bumbung bagi mencapai matlamat ini. D’ Million dalam perancangan 2012 telah bersedia dalam beberapa perkara melibatkan IT. Menurut CEOnya, D’Million akan memastikan hidangan produknya jelas sekali gus memberi kepuasan kepada para pengguna. Pelbagai info semasa berkaitan produk D’Million kini boleh dilayari dengan membuka halaman
www.cahayafm.net atau menerusi facebook Cahayafm.

Nazri Abdullah selaku CEO yang bertanggung jawab dalam kelahiran Cahayafm ketika dihubungi, melahirkan rasa kegembiraan atas persefahaman dan keputusan bersama D’Million . Katanya, sebelum persefahaman ini termeteri, perbincangan telahpun berlangsung beberapa kali. Tambah beliau lagi, radio online di Malaysia khususnya di Sabah masih baru berbanding di luar negara namun, kemunculan radio online yang tumbuh bak cendawan ini sudah tidak dapat ditolak keberadaannya. Malah, katanya terdapat negara yang sebahagian dari pendapatannya disumbangkan oleh radio online menerusi info-info semasa yang dikeudarakan radio-radio online. Di akhir pertemuan, Nazri melahirkan harapan agar lebih ramai ahli-ahli koperat seperti D’ Million tampil bersama-sama mengambil peluang seperti ini.

 
Jemputan PDF Print E-mail
Written by Nazri Abdullah   
Friday, 23 September 2011 04:01

 
"Senang lagi terangkan pasal Kristian" PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 17 August 2011 20:51

Berikutan daripada artikel yang disiarkan oleh Suara Mualaf berkaitan dengan ketidakseriusan pihak-pihak tertentu dalam membantu program pengislaman yang berlangsung di daerah Pitas. Cahaya.FM terpanggil untuk membantu mewar-warkan perkara ini agar ada individu-individu mampu dan prihatin tampil memberikan bantuan kepada saudara baru ini. Ditambah lagi dengan keluhan daripada mualaf yang seolah-olah patah hati dengan Islam. Oleh itu, kepada kaum muslimin dan muslimat sekalian marilah kita sama-sama berdoa agar hati mereka tetap bersama kita dan menjadi saudara dalam Islam.

Suara Mualaf Sabah

Last Updated on Wednesday, 17 August 2011 21:12
 
Buat Guru PDF Print E-mail
Written by Nazri Abdullah   
Sunday, 15 May 2011 23:55

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan di kenang sepanjang zaman.

Last Updated on Tuesday, 17 May 2011 22:52
 
Yayasan Ithmam Malaysia PDF Print E-mail
Written by Nazri Abdullah   
Sunday, 01 May 2011 21:31

 

Yayasan  Ithmam , satu yayasan yang berpusat di Kuala Lumpur merupakan badan NGO yang aktif menjalankan program dakwah seluruh Malaysia. Badan ini adalah badan NGO pertama bekerjasama dengan Cahayafm dalam rangka dakwah di Sabah. Selain itu, penggiat nasyid; Nazrey Johani Ex-Raihan dan kumpulan Elhamz yang juga turut berkerjasama dalam dakwah maya menerusi lagu-lagu nasyid mereka nasyid. Kedua-duanya muncul membawa album NASYEED SEMESTA iaitu album sulung bagi kumpulan Elhamz manakala Nazrey Johani dengan tampilan album solo beliau berjudul Permata Hati.

Program mereka di Sabah seterusnya masih dalam proses. Pihak Cahayafm bercadang membawa rakan-rakan kerjasama ini untuk roadshow dakwah di Sabah dan Sarawak. Kepada pihak-pihak yang ingin menjemput mereka untuk mengisi mana-mana program bolehlah berhubung terus dengan Cahayafm untuk mendapatkan jadual dan mengadakan perbincangan selanjutnya.

Cahayafm berharap agar lebih banyak lagi badan-badan NGO dan kumpulan-kumpulan nasyid yang turut serta bekerjasama dengan Cahayafm dalam usaha dakwah akan datang. Selain itu, kunjungan hormat ke jabatan agama, bertemu wakil-wakil rakyat serta menteri-menteri berkaitan sekitar negeri Sabah juga bakal diadakan sedikit masa lagi bagi merealisasikan beberapa kerjasama yang telah dirangka.

Tinjauan terhadap badan-badan dan agensi-agensi pengendali haji dan umrah berpengalaman juga sedang dibuat sebagai salah satu jalan melaksanakan Program Kempen Kembara Iman Cahayafm. Diharapkan agar program ini menjadi sebahagian usaha Cahayafm mengajak muslimin dan muslimat menyedari betapa pentingnya ibadah tersebut. Ia bakal dilancarkan secara jelajah daerah ke daerah di seluruh Sabah sekali gus merapatkan ukhwah sesama warga Cahayafm dan para pendengar serta penyokong Cahayafm selama ini.

Jelajah ke sekolah-sekolah dan institut-institut pengajian tinggi awam dan swasta turut dibuat sebagai salah satu cara memperkenalkan pakej tersebut. Program ini bakal disusuli program motivasi yang bakal dikendalikan oleh beberapa orang pakar diketuai al- Haqiem yang sangat berpengalaman dalam bidang ini.

Akhir sekali, terima kasih Cahayafm ucapkan atas kepercayaan yang diberi oleh pihak-pihak ini. Semoga usaha ini dinilai oleh Allah sebagai amalan kebajikan. Amiin ya rabbal aalamiin.

Sebarang pertanyaan berkaitan program ini bolehlah berhubung terus melalui talian 019-8827449 atau emil; This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

Jika anda berminat dengan artikel ini dan ingin membantu kami, sila klik sini

 

 

 

Last Updated on Tuesday, 17 May 2011 23:00
 
«StartPrev1234NextEnd»

Page 1 of 4
 

Pendapat Anda?

Perlukah Cahaya.FM mempunyai penyampai dari setiap negeri di Malaysia?
 
Jika Cahaya.FM sanggup memperjuangkan Islam, sanggupkah anda membantu Cahaya.FM demi Islam?
 
Apa yang paling anda suka tentang Cahaya.FM?