Dari Ibnu Abbas r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda:”Jika diberikan kepada manusia apa sahaja yang didakwa oleh mereka tentunya akan mendakwa beberapa orang lelaki akan harta suatu kaum dan darah mereka tetapi (dalam hal ini diperlukan) saksi atas orang yang mendakwa dan sumpah atas (orang) yang engkar (yang terdakwa).” -  HR al-Baihaqi

 
 
 
 
 
Peluang Perniagaan PDF Print E-mail
Written by Nazri Abdullah   
Thursday, 10 November 2011 12:43

Dalam kepesatan teknologi yang kian menjadi tumpuan umum kerana kesannya melibatkan pelbagai urusan peringkat kerajaan, swasta, NGO serta segenap lapisan masyarakat, D’ Million Worldwide Sdn. Bhd turut tidak ketinggalan mengorak langkah ke arah ini dengan menyediakan beberapa sistem atas talian sekali gus memudahkan para pelanggannya berurusan. Perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh CEO D’ Million; sdr. Azman bin Badit baru-baru ini.

Sebagai langkah merealisasikan perkara ini, Cahayafm telah dilantik sebagai radio rasmi D’Million . Selain itu, beberapa radio online lain di Sabah juga di Semenanjung telah dikenalpasti akan turut bersama di bawah satu bumbung bagi mencapai matlamat ini. D’ Million dalam perancangan 2012 telah bersedia dalam beberapa perkara melibatkan IT. Menurut CEOnya, D’Million akan memastikan hidangan produknya jelas sekali gus memberi kepuasan kepada para pengguna. Pelbagai info semasa berkaitan produk D’Million kini boleh dilayari dengan membuka halaman
www.cahayafm.net atau menerusi facebook Cahayafm.

Nazri Abdullah selaku CEO yang bertanggung jawab dalam kelahiran Cahayafm ketika dihubungi, melahirkan rasa kegembiraan atas persefahaman dan keputusan bersama D’Million . Katanya, sebelum persefahaman ini termeteri, perbincangan telahpun berlangsung beberapa kali. Tambah beliau lagi, radio online di Malaysia khususnya di Sabah masih baru berbanding di luar negara namun, kemunculan radio online yang tumbuh bak cendawan ini sudah tidak dapat ditolak keberadaannya. Malah, katanya terdapat negara yang sebahagian dari pendapatannya disumbangkan oleh radio online menerusi info-info semasa yang dikeudarakan radio-radio online. Di akhir pertemuan, Nazri melahirkan harapan agar lebih ramai ahli-ahli koperat seperti D’ Million tampil bersama-sama mengambil peluang seperti ini.

 
 

Pendapat Anda?

Perlukah Cahaya.FM mempunyai penyampai dari setiap negeri di Malaysia?
 
Jika Cahaya.FM sanggup memperjuangkan Islam, sanggupkah anda membantu Cahaya.FM demi Islam?
 
Apa yang paling anda suka tentang Cahaya.FM?