| Segmen di Cahaya.FM |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Tuesday, 17 May 2011 20:59 |
|
Zon bebas fikir merupakan sebuah dunia bebas tidak terikat atau dikawal oleh alat teknologi moden buatan manusia. Zon ini ada pada setiap manusia yang telah akhil baligh atau cukup umur. Meskipun begitu, mereka yang berakal tetapi belum cukup umur tidak terikat dengan hukum Fardu Ain kerana itu, mereka di waktu ini hanya perlu dibimbing dan dipimpin oleh mereka yang berakal dan baligh.
SEGMEN ILMU ITU CAHAYA ( DJ NURHAYATI) Sebuah segmen yang membincangkan sesuatu topik yang berkaitan dengan pelbagai bidang ilmu seperti akidah, ibadah, akhlak, sirah dan sebagainya. Segmen ini bersiaran setiap jumaat bermula jam 3.30 petang sehingga jam 5.00 petang. Tujuan : 1. Mendidik dan memberi kefahaman kepada pendengar mengenai syariat Islam. 2. Bekongsi maklumat yang bermanfaat kepada para pendengar. 3. Berdakwah melalui alam maya. Butir-butir Pengendalian Segmen : Masa : 3.30pm - 5PM Hari : Jumaat Cara Pengendalian : Membincangkan sesuatu topik khas diselang-selikan dengan lagu-lagu yang bersesuaian.
SEGMEN BERPAGI-PAGI BERSAMA CAHAYAFM ( DJ NURHAYATI) Segmen yang mengongsikan pelbagai info kepada pendengar seperti berita terkini, info-info semasa, aktiviti masyarakat setempat,petua-petua atau tips dan sebagainya. Tujuan : 1. Menyampaikan maklumat terkini. 2. Bekongsi maklumat yang bermanfaat kepada para pendengar. 3. Mengajak pendengar agar menjadi “a morning person” atau orang yang suka berpagi-pagi.
Butir-butir Pengendalian Segmen : Masa : 8.30pm – 10.30pm Hari : Sabtu dan Ahad. Cara Pengendalian : 1.Berkongsi info-info bermanfaat diselang-selikan dengan lagu-lagu bersesuaian dan juga menunaikan permintaan(sekiranya ada).
SEGMEN KATA-KATA HIKMAH ( DJ JALIFAH AZLIZA AZLAN) Segmen ini menyampaikan pelbagai mutiara kata bersumberkan kata-kata nabi, para sahabat dan ulama, orang-orang bijak pandai, tokoh-tokoh akademik juga pepatah2 Melayu atau bukan Melayu yang tidak bertentangan dengan Islam serta beberapa maksud hadis dan surah dalam al-Quran. Tujuan : 1. Berkongsi mutiara kata yang dapat memotivasikan diri. 2. Berkongsi info pepatah Melayu yang berunsur nasihat. 3. Berkongsi info maksud hadis terpilih sebagai panduan hidup.
Butir-butir Pengendalian Segmen : Masa : 4.00 PM – 6.00 PM / 8.00 PM – 10.00 PM Hari : Rabu / bila-bila masa
Cara Pengendalian : 1. Berkongsi info kata-kata hikmah diselang-selikan dengan lagu-lagu yang bersesuaian. 2. Sekiranya terdapat permintaan lagu dan ucapan dari pendengar, segmen menunaikan permintaan lagu akan ditambah diakhir segmen untuk tujuan tidak menghampakan permintaan daripada pendengar ketika itu.
SEGMEN CERAMAH ONLINE (DJ ANAKENINGAU) Segmen ini dikendalikan di Cahayafm dengan memutarkan semula rakaman ceramah, kuliah agama ataupun tazkirah daripada beberapa tokoh agama dan ulama tanah air serta tokoh agama/ulama sekitar Nusantara.
Tujuan : 1. Untuk menyampaikan nasihat, peringatan, pengajaran, panduan dan sebagainya kepada para pendengar khususnya yang tidak berkesempatan untuk mendengar dan menghadiri secara langsung majlis-majlis ilmu yang dikendalikan oleh para penceramah tersebut. 2. Untuk mengingatkan para pendengar tentang kewujudan tokoh-tokoh agama ataupun ulama yang giat berdakwah di negara kita yang kita cintai ini.
Butir-Butir Pengendalian Segmen : Masa : 8.00 pm – 10.00 pm Hari : Sabtu & Ahad
Cara Pengendalian : 1. Membuat sedikit pengenalan berkenaan sesuatu ceramah yang akan diputarkan. 2. Memutarkan rakaman ceramah yang berlangsung lebih kurang satu hingga dua jam. 3. Mengupas atau berkongsi ilmu yang berkaitan dengan tajuk ceramah yang telah disampaikan dan diselang-seli juga dengan lagu-lagu yang berkaitan.
SEGMEN KESIHATAN DAN ANDA ( DJ NORLELA) Segmen Kesihatan dan Anda adalah satu segmen perkongsian info berkaitan kesihatan jasmani, mental dan emosi bersama pendengar. Tujuan : 1. Untuk menggalakkan dan memudahkan pendengar mengetahui cara2 meningkatkan amalan gaya hidup yang sihat sepanjang hayat. 2. Untuk mewujudkan komuniti yang sedar bahawa kesihatan adalah kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi, mental dan spiritual hasil daripada adaptasi pendengar terhadap persekitaran.
Butir-butir Pengendalian Segmen : Masa : 10.30 am – 12.30 pm Hari : Sabtu atau Ahad
Cara Pengendalian : 1. Membuat sedikit pengenalan tentang tajuk kesihatan yang disampaikan. 2. Menyampaikan info-nfo tentang kesihatan. 3. Penyampai akan cuba mengaitkan info tersebut dengan amalan kesihatan secara Islam dan diselang-seli juga dengan lagu-lagu berkaitan.
SEGMEN KELUARGA, WANITA & KEHIDUPAN ( DJ LAILA ILA) Segmen berbentuk motivasi dan nasihat yang cenderung kepada kehidupan masyarakat . Ulasan dibuat dari sudut pemerhatian hidup seharian juga peristiwa dan pengalaman lampau. Cara penyampaian adalah santai dengan memutarkan lagu-lagu retro tetapi masih kepada mesej asal CFM. Waktu siaran tidak menentu mengikut keadaan talian internet (BB)
SEGMEN KUIZ AGAMA DI CAHAYAFM ( DJ WUFEY) Segmen interaktif antara penyampai dan pendengar. Penyampai akan membacakan 3 soalan kuiz dalam bidang keagamaan merangkumi Feqah, tauhid ,sejarah, tajwid, akhlak,B.Arab, mu’amalat dan sebagainya.
Tujuan 1.Menguji minda pendengar mengenai soalan kuiz yang disampaikan oleh penyampai dalam bidang agama. 2.Meningkatkan pengetahuan pendengar mengenai ilmu-ilmu yang berkaitan dan bermanfaat dalam kehidupan seharian. 3.Meningkatkan daya pemikiran pendengar untuk menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan .
Butir-butir Pengendalian Segmen : Masa : Jam 10. 00 pm-12. 00pm Hari : Setiap Jumaat
Cara Pengendalian : 1.Penyampai akan memberi taklimat mengenai cara-cara mengikuti segmen kuiz sebelum membacakan soalan kuiz. 2.Setiap minggu, 3 buah soalan akan dibacakan oleh penyampai. 3.Pendengar akan menjawab soalan kuiz tersebut di “Facebook” Cahayafm. 4.Pendengar paling pantas serta tepat jawapannya akan diumumkan sebagai pemenang. 5.Soalan akan dibacakan selang-seli dan lagu-lagu nasyid diputar sementara pendengar menjawab soalan. 6.Pemenang bertuah akan memenangi hadiah istimewa seperti “Topup@reload”atau hadiah-hadiah sumbangan pendengar.
Assalammualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh
|
| Last Updated on Friday, 20 May 2011 01:55 |










Google
Facebook
Twitter
del.icio.us
Blogger
Rain Concert